Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jeff Bezos Menjual Saham Amazon Bernilai $1 Bilion Setiap Tahun Untuk Projek Angkasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jeff Bezos Menjual Saham Amazon Bernilai $1 Bilion Setiap Tahun Untuk Projek Angkasa

Hartawan internet terkemuka, Jeff Bezos mengatakan beliau menjual sekitar $1 bilion saham di Amazon untuk menjana Blue Origin, iaitu salah satu syarikat dibawah beliau yang ingin menghantar manusia ke angkasa. “Model perniagaan saya untuk Blue Origin adalah menjual saham Amazon bernilai satu bilion untuk menjana Blue Origin,” kata Bezos ketika acara Space Symposium yang diadakan pada minggu ini.

Bezos, manusia kedua terkaya didunia dibelakang Bill Gates, sebelum ini pernah mengatakan yang mana beliau melaburkan kembali duit yang di dapati daripada Amazon untuk membangunkan syarikat eksplorasi angkasa Blue Origin.

“Fokus saya adalah manusia di angkasa,” kata Bezos. “Saya inginkan manusia di angkasa”.

Blue Origin

Dalam usaha mengurangkan kos penerbangan ke angkasa, Blue Origin ingin menggunakan kembali roket yang dilancarkan – lebih kurang seperti industri penerbangan pada hari ini. Mereka sedia mencuba menggunakan roket yang sama beberapa kali, dan secara tidak langsung mengurangkan kos pembangunan roket secara drastik berbanding sebelum-sebelum ini yang mana hanya boleh digunakan hanya sekali sahaja.

Walaubagaimanapun, dalam usaha mempopularkan pelancongan angkasa, Blue Origin ingin membawakan rekaan kapsul yang berbeza berbanding kapal angkasa lain. Ini termasuk menggunakan tingkap yang bersaiz besar – dimana secara tidak langsung menambah berat kapal angkasa berkenaan. Beberapa perkara perlu dilihat dalam penggunaannya, termasuk melihat kepada ketebalan kaca serta kebolehan mengekalkan tekanan udara dalam kapsul ketika penerbangan.

Penggunaan kaca bersaiz besar sendiri akan memberikan kelebihan pemasaran kepada Blue Origin. Seperti biasa, mereka yang ingin melancong ke angkasa semestinya ingin merakamkan beberapa gambar dan berkongsi ia bersama yang lain.

Seperti pelbagai industri lain, Blue Origin turut mempunyai pesaing. Syarikat milik Elon Musk, iaitu SpaceX merancang untuk menghantar dua pelancong mengelilingi bulan pada penghujung tahun hadapan. Richard Branson yang memiliki Virgin Galactic juga sedang melihat kepada idea sama untuk menghantar manusia ke angkasa.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nMJxA0

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.