Apple Disaman Suruhanjaya Pengguna Australia Kerana Masalah iPhone Pengguna Gagal Berfungsi
Tahun lalu ramai pengguna iPhone merungut apabila peranti mereka gagal berfungsi selepas menerima kemaskini iOS 9. Peranti tidak dapat dihidupkan dan hanya mesej Error 53 terpapar pada skrin. Masalah ini berlaku kerana mereka menggantikan pengimbas TouchID dari pihak ketiga yang tidak menerima pentauliahan dari pihak Apple.
Apple segera mengeluarkan kenyataan bahawa sistem penyulitan iOS 9 yang diperkenalkan menghalang peranti diaktifkan apabila ia mengesan pengimbas TouchID telah ditukar. Bagi menyelesaikan masalah ini kemas ini iOS 9.2.1 diberikan terapai sistem TouchID peranti yang terkesan tidak lagi berfungsi.
Australian Competition and Consumer Commission (ACCC) hari ini menyaman Apple kerana masalah Error 53 ini. Menurut mereka tindakan Apple mengunci peranti sehingga tidak boleh digunakan ini melanggar hak pengguna yang dilindungi di Australia. Di Australia pengguna berhak mendapatkan perkhidmatan dari pihak ketiga bagi membaiki barangan milik pengguna. Ini bagi membolehkan mereka mendapatkan perkhidmatan membaiki pada harga yang lebih murah berbanding dari pengeluar.
ACCC meminta kesemua peranti yang terjejas dengan Error 53 dalam tempoh September 2014 hingga Februari 2016 perlu diperbaiki secara percuma oleh Apple bagi menyelesaikan masalah ini. Jumlah saman yang bakal dikenakan tidak lagi diketahui.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oLYl2S✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment