Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Janganlah begitu, kami tak bercinta’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Janganlah begitu, kami tak bercinta’

Pelakon Aidit Noh menafikan gosip mendakwa dia kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Ruhainies.

Pelakon yang popular dengan drama Sweetie Nanie ini berkata, hubungannya dengan Ruhainies hanya sekadar kawan dan bukannya sedang bercinta seperti sangkaan ramai.

“Kami hanya berkawan dan tidak lebih dari itu. Saya tak ada apa-apa perasaan pun dengan Ruhainies.

“Lagipun saya dan Ruhainies masih solo, apa salahnya kami berkawan? Kami berkawan dulu, soal pengakhiran hubungan, biarlah Allah yang tetapkan.

“Kami mula rapat apabila sama-sama menjalani penggambaran drama Kisah Dari Mekah terbitan Zeel Production di Makkah, baru-baru ini,” katanya.

Menurut Aidit, dia berharap hubungannya dengan Ruhainies tidak disalah anggap.

“Ada orang ingat kami bercinta, tetapi sebenarnya tidak. Kami satu kepala dan boleh berbual serta berbincang mengenai apa saja topik.

“Bagi saya, sukar mencari kawan satu kepala dan boleh menerima gurauan tanpa kecil hati. Saya suka mengusik Ruhainies dan dia hanya akan tersengih setiap kali dikenakan,” katanya.

Aidit berkata, dia selesa berkawan dengan Ruhainies dan sepanjang mengenalinya, Ruhaimies tidak pernah menunjukkan perangai jelik,” katanya yang masih bujang.

Hubungan Aidit dan Ruhainies hangat diperkatakan di laman sosial apabila masing-masing kerap memuat naik gambar bersama di Instagram.

The post ‘Janganlah begitu, kami tak bercinta’ appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nGubvO

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.