Hi! Welcome Back and Stay Tune! Badminton: Beregu Campuran Negara Tarik Diri Separuh Akhir Terbuka India - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Badminton: Beregu Campuran Negara Tarik Diri Separuh Akhir Terbuka India

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan memaksa beregu campuran utama negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menarik diri daripada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka India, hari ini.

Menurut laman sesawang www.bwfbadminton.org, pasangan itu menarik diri daripada perlawanan separuh akhir dan memberikan kemenangan percuma kepada lawan mereka dari China, Zheng Siwei/Chen Qingchen yang juga pilihan utama kejohanan.

Liu Ying pula dalam catatan instagramnya berkata pada hari ini beliau merasa tidak sihat dan terpaksa menarik diri daripada beraksi dan memberikan kemenangan percuma kepada lawan.

Peng Soon/Liu Ying menjadi wakil tunggal negara yang masih meneruskan cabaran selepas beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas 15-21, 17-21 kepada pilihan kelima, Li Junhui/Liu Yuchen dari China dalam aksi suku akhir semalam.

Untuk rekod, Malaysia tidak menghantar wakil unuk tiga lagi acara iaitu perseorangan lelaki, wanita serta beregu wanita pada kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah berjumlah US$325,000 (RM1.436 juta).

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2mYXPkx

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.