Hi! Welcome Back and Stay Tune! KDN gesa jangan sensasikan isu Siti Noor Aisyah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KDN gesa jangan sensasikan isu Siti Noor Aisyah




Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta pelbagai pihak agar tidak memperbesarkan isu penahanan Siti Noor Aisyah Atam, dan membiarkan polis membuat siasatan.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, polis tidak akan menahan mana-mana individu jika tiada terlibat dengan aktiviti yang didapati cenderung kepada kegiatan keganasan.

"Polis tak akan menahan mana-mana orang sekiranya mereka tidak terlibat dalam aktiviti tang cenderung pada keganasan.

"Jadi berhubung soal Aisyah ini, janganlah diperbesarkan. Biar polis buat kerja mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media di Mini Karnival #KitaPulai @ Permatang Kempas di sini hari ini.


Nur Jazlan berkata, dalam kes melibatkan bekas pelajar sebuah universiti tempatan berusia 29 tahun tersebut, polis sedang melakukan siasatan terhadap tahanan itu bagi menentukan penglibatan dalam aktiviti keganasan.

Selain itu, beliau juga mengingatkan rakyat di negara ini, supaya tidak terlibat dengan penyebaran mesej berunsurkan aktiviti pengganas melalui laman sosial seperti Facebook mahupun aplikasi Whatsapp.

"Polis sentiasa pantau setiap perhubungan yang berlaku. Orang asal yang hantar, dia pandai 'tutup diri' (untuk elak dikesan polis).


"Yang ditahan pula, orang kedua atau ketiga yang didapati terlibat dalam aktiviti penyebaran mesej berkenaan," katanya.

Ahli Parlimen Pulai itu turut menyelar tindakan wakil rakyat pembangkang yang kononnya cuba 'menjuarai' isu penahanan Aisyah sedangkan tindakan dilakukan hanya untuk meraih sokongan dan bermotifkan politik.

Terdahulu, Siti Noor Aishah sebelum ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Akta Pencegahan Jenayah 1956 (Poca) kerana memiliki 12 buku yang didakwa berkaitan kumpulan pengganas dan difahamkan kini ditempatkan di Penjara Kajang.

Bapanya, Atam Jusoh kemudian bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan hadir ke Dewan Rakyat baru-baru ini, menghantar memorandum kepada KDN berhubung penahanan anaknya.

Atam memberitahu terkejut dengan penahanan anaknya dan memaklumkan Siti Noor Aishah membuat kajian dan hanya seorang pelajar.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu polis tidak menganiaya Siti Noor Aisyah kerana mempunyai bukti yang mencukupi untuk menahan dan melakukan siasatan terhadapnya. Pejam Kelip

Sumber : Sinar Harian
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nulqG5

✍ Sumber Pautan : ☕ PEJAM KELIP


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.