EPL: Palace kejutkan Chelsea di Stamford Bridge
CESAR Azpilicueta dihalang Andros Townsend ketika perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Crystal Palace di Stadium Stamford Bridge. – Foto AP
LONDON: Crystal Palace membantutkan pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea, selepas menewaskan pendahulu liga itu, 2-1 di Stamford Bridge, sebentar tadi.
Jaringan masing-masing Wilfried Zaha dan Christian Benteke pada minit kesembilan dan ke-11 memadamkan kelebihan Chelsea yang membuka jaringan menerusi Cesc Fabregas seawal minit kelima.
Skuad kendalian Antonio Conte itu belum pernah tewas di Stamford Bridge sejak September dan mendahului selesa di puncak liga dengan kelebihan tujuh mata ke atas pesaing terdekat, Tottenham Hotspur.
Penjaga gol Palace, Wayne Hennessey turut memainkan peranan dalam kemenangan ke atas pendahulu itu apabila menyelamatkan deretan percubaan Chelsea.
Kemenangan itu membantu meletakkan Palace empat mata di atas zon penyingkiran.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ou43G9✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment