EPL: United sekadar seri dengan West Brom
PENYERANG Manchester United, Anthony Martial bersaing dengan pemain tengah West Bromwich Albion, James Morrison semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan West Bromwich Albion di Old Trafford.
LONDON: Skuad Manchester United yang dibelenggu masalah kecederaan terlepas peluang untuk menghampiri kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila seri 0-0 di laman sendiri menentang West Bromwich Albion, sebentar tadi.
Keputusan itu meletakkan United di tangga kelima dengan 53 mata selepas 28 perlawanan, empat di belakang Manchester City yang akan bertandang ke laman Arsenal esok.
West Brom kekal di tangga kelapan dengan 44 mata selepas mengharungi 30 perlawanan musim ini.
United bagaimanapun melebarkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga kepada 19 perlawanan.
Pada perlawanan berkenaan, percubaan tepat ke arah gol oleh anak buah Jose Mourinho itu hanya hadir pada minit ke-67.
Penjaga gol pelawat, Ben Foster menyelamatkan dua percubaan jarak jauh Marcus Rashford manakala bekas pemain tengah United, Darren Fletcher hampir mengejutkan David De Gea di pintu gawang tuan rumah.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2omFvSk✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment