5 beranak tinggal di rumah buruk ini di Kota Bharu
Kota Bharu: “Walaupun tidak selesa, hanya rumah ini mampu saya sewa, asalkan kami ada tempat berteduh,” kata buruh, Mohd Solihin Mohd Ghani, 32.
Dia yang menyewa rumah yang sangat uzur dengan lantai berlubang dan bumbung tidak sempurna serta atap bocor di Kampung Selor Limbat, di sini pada kadar RM60 sebulan.
Rumah itu, katanya, menjadi ‘syurga’ buat isterinya, Norhamizah Rosli, 27, dan tiga anak mereka iaitu Mohd Syafiq Aiman, 8, Mohd Syazwan, 7, dan Nor Hani Umaira, 4, sejak dua tahun lalu.
Masih menggunakan kayu api untuk memasak
“Kami terpaksa menelan sengsara akibat rumah yang tidak sempurna dan serba daif ini kerana ini saja yang berpadanan dengan sumber kewangan saya.
“Sebelum ini kami tinggal di rumah sewa di Kampung Belimbing RM150 sebulan, namun disebabkan kesempitan hidup, saya buat keputusan berpindah.
P/S : Sila Dapatkan akhbar Harian Metro hari ini (22 februari 2017) untuk berita selanjutnya.
Sumber :
–www.hmetro.com.my
The post 5 beranak tinggal di rumah buruk ini di Kota Bharu appeared first on MyNewsViral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lJFfeJ✍ Sumber : ☕ MyNewsViral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment