Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan mudah terpengaruh testimoni ubat dalam talian – Jabatan Kesihatan Perlis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan mudah terpengaruh testimoni ubat dalam talian – Jabatan Kesihatan Perlis

KANGAR: Orang ramai dinasihat agar tidak mudah terpengaruh dengan iklan atau testimoni ubat-ubatan yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser yang dijual secara meluas menerusi dalam talian.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis Dr Zaini Hussin berkata semakin banyak iklan ubat-ubatan dipromosi dalam talian yang tidak dapat dipastikan secara klinikal keberkesanan dan keselamatan ubatan berkenaan.

“Ubat-ubatan itu mudah didapati di media sosial kerana pasarannya jauh lebih luas ditambah pula dengan promosi serta testimoni yang sungguh meyakinkan namun saya harap pengguna mengambil langkah bijak dan mengutamakan keselamatan.

“Tidak semua maklumat di internet boleh dipercayai misalnya tawaran hanya dengan satu ubat boleh sembuhkan pekbagai penyakit serius seperti gout, kencing manis dan kanser”, katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia 2017 peringkat negeri di Auditorium Dr Syed Mahmood JKN Perlis, di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata pengguna atau pesakit dinasihat mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi serta mengenal pasti kandungan produk terlebih dahulu.

“Selain itu amat penting untuk pastikan produk-produk ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mempunyai nombor pendaftaran dan label keselamatan hologram Meditag,” katanya.

Pengguna juga boleh membuat semakan mengenai status notifikasi atau status pendaftaran produk itu di laman web Kementerian Kesihatan di http://npra.moh.gov.my/.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lDVTfG

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.