Kuantan FA kekal rentak kemenangan
PEMAIN Kuantan FA Abdul Malik Mat Ariff (dua dari kiri) diasak pertahanan UiTM FC Muhammad Afiq Mohd Arshad pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Darul Makmur. – Foto BERNAMA
KUANTAN: Kuantan FA mengekalkan rentak kemenangan apabila menewaskan UiTM FC 3-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Darul Makmur malam ini.
Kemenangan The Seagulls itu adalah yang kedua berturut-turut selepas mengecewakan MISC-MIFA 3-2, Jumaat lalu.
Kesungguhan skuad kendalian Zulhamizan Zakaria terserlah sebaik wisel perlawanan ditiup apabila melancarkan serangan bertali arus untuk mendapatkan jaringan pendahuluan ketika lawan lebih banyak bertahan.
Selepas kebal selama 18 minit, benteng UITM FC tidak dapat membendung asakan tuan rumah yang menyaksikan pemain tengah dari Korea Selatan, Sim Woon Sub, menewaskan Muhammad Hanif untuk meletakkan Kuantan FA mendahului 1-0.
Kedudukan tuan rumah tambah selesa apabila kapten pasukan, Abdul Malik Mat Arif, meneruskan sentuhan berbisanya apabila menjaringkan gol kedua buat The Seagulls pada minit ke-28.
Namun, kelekaan tuan rumah menyebabkan gawang dibolosi hasil jaringan Akanny Sunday Wasiu yang menewaskan penjaga gol Kuantan FA, Sheril Anuar Saini pada minit ke-36 sekali gus menyaksikan babak pertama berakhir dengan 2-1.
Menyedari kedudukan belum selamat, Kuantan FA mengasak pelawat sebaik babak kedua bermula dan usaha mereka membuahkan hasil apabila Woon Sub menjaringkan gol ketiga buat pasukan dan gol kedua peribadinya pada minit ke-66.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kVfXWU✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment