Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Perempuan Disambar Buaya Ketika Mandi Bersama Ibu di Sungai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Perempuan Disambar Buaya Ketika Mandi Bersama Ibu di Sungai

MIRI – Seorang remaja perempuan yang sedang menunggu keputusan SPM disambar seekor buaya ketika sedang mandi di sungai berhampiran Rumah Panjang Japang, Sungai Tapang Peking Baram, Marudi petang tadi.

Menurut Bernama, Ketua Polis Marudi, Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, mangsa sedang mandi bersama ibunya di tebing sungai apabila tiba-tiba disambar seekor buaya pada jam 6.30 petang tadi.

Balai Polis Marudi menerima panggilan jam 7.15 malam, pasukan operasi mencari dan menyelamatkan telah bergerak ke lokasi kejadian,” katanya dihubungi malam ini.

Gabriel berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Marudi, Balai Polis Long Lama dan Bomba Marudi.

Sebagai rekod, jarak perjalanan dari pekan Marudi ke lokasi kejadian ialah dua jam menggunakan sungai.

Sumber: Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kVvqWV

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.