Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nahas pesawat, tak sempat main golf - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nahas pesawat, tak sempat main golf

EMPAT peminat sukan golf terkorban selepas pesawat ringan yang dinaiki terhempas di sebuah pusat membeli belah di pinggir bandar Melbourne, semalam. – Foto AFP

DALLAS: Empat pelancong Amerika Syarikat yang terkorban dalam nahas kapal terbang di Australia semalam adalah peminat sukan golf dan dalam perjalanan untuk bermain golf di sebuah kepulauan berhampiran Melbourne.

Pesawat ringan itu terhempas di sebuah pusat membeli belah di pinggir bandar Melbourne dan terbakar, mengorbankan lima nyawa termasuk juruterbang warga Australia.

Kapal terbang enjin berkembar Beechcraft Super King Air terhempas 45 minit sebelum pusat membeli belah Direct Factory Outlet di Essendon sepatutnya dibuka, kata Menteri Polis Lisa Neville.

Kedutaan Amerika Syarikat di Canberra mengesahkan empat mangsa selain juruterbang adalah warga negaranya. Tiga tinggal di Texas dan dipercayai seorang lagi juga dari negeri berkenaan.

Juruterbangnya ialah Max Quartermain, pemilik syarikat Corporate and Leisure Travel. Tiga penumpang dikenal pasti sebagai Greg Reynolds De Haven, Russell Munsch dan Glenn Garland.

Adik De Haven, Denelle Wicht dari Alexandria, Minnesota berkata, abangnya adalah bekas pegawai FBI dan tentera Amerika Syarikat, dan sepanjang kariernya mampu mengharungi banyak misi bahaya termasuk ketika di Vietnam.

“Dia berjaya mengharungi semua itu, dan mati dengan cara ini (sedang menikmati persaraan),” kata Wicht berkenaan abangnya yang berusia 70 tahun itu.

Menurut Wicht, De Haven seorang yang suka bersukan dan pernah satu ketika hampir menjadi pemain golf profesional tetapi terpaksa dilupakan kerana dia baru berkeluarga. Selepas bersara De Haven menyertai sirkit golf profesional senior.

De Haven dan isterinya adalah sebahagian daripada kumpulan besar termasuk dua lagi pasangan yang sedang bercuti di Australia selama tiga minggu.

De Haven dan rakan-rakannya menempah penerbangan berkenaan untuk bermain golf di sebuah pulau. Isteri masing-masing tidak ikut serta kerana mempunyai program tersendiri.

Seorang lagi mangsa, Munsch adalah pengasas firma guaman Munsch Hardt di Texas dan sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran ke-62 hari ini.

Garland pula adalah bekas ketua pegawai eksekutif dan pengasas bersama firma rundingan tenaga di Austin, Texas. – AP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lDWzlf

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.