Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nautical Aliya Dijangka Tiba Di Pelabuhan Klang Khamis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nautical Aliya Dijangka Tiba Di Pelabuhan Klang Khamis

Spread the love

KUALA LUMPUR – Selepas selesai menghantar 2,300 tan makanan dan barang keperluan untuk etnik Rohingya di pelabuhan Chittagong, Bangladesh dan Yangon, Myanmar, kapal misi kemanusiaan ‘Nautical Aliya’ dijangka tiba pulang di Pelabuhan Klang pada Khamis.

Ketua misi berkenaan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kapal itu kini berada di Selat Melaka selepas mula belayar pulang dari Bangladesh pada 16 Februari lepas.

“Semua kru dan penumpang Nautical Aliya dalam keadaan sihat dan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sambutan kepulangan bagi lebih 180 sukarelawan ‘Food Flotilla For Myanmar’ akan diadakan di Boustead Cruise Terminal, Pelabuhan Klang.

Katanya, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijangka hadir pada majlis itu.

Kapal berkenaan berlepas keluar dari Pelabuhan Klang pada 3 Februari lepas dan menurunkan sebahagian bantuan itu di pelabuhan Yangon pada 9 Februari. Ia tiba di pelabuhan Chittagong pada 14 Februari.

Bantuan itu untuk diagihkan di tiga kem pelarian di Kutupalong, Cox’s Bazar dan Teknaf dengan bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladesh dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM).

Misi anjuran Kelab Putra 1Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia itu merangkumi wakil pertubuhan bukan kerajaan dari Malaysia dan negara luar, pasukan perubatan, tenaga pengajar dan pengamal media. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lrpQ0m

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.