Aura Positif Jins Samsuddin
ULU KELANG: Tan Sri Jins Samsuddin sudah tiada. Jasadnya akan disemadikan pagi ini setelah beliau pergi buat selamanya petang Rabu.
Ketegasan dan senda gurau kini hanya menjadi bingkai kenangan kepada mereka yang rapat dengan allahyarham.
Salah seorang selebriti yang amat terkesan dengan pemergian seniman hebat itu ialah Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy.
Bagi Ogy, allahyarham merupakan guru dan juga ayahandanya yang sentiasa memberi dorongan, tunjuk ajar serta didikan mendalam berkaitan produksi serta lakonan.
“Beliau mengenali saya sejak saya dalam rahim ibu saya.
“Biarpun hubungan kami erat bagai sebuah keluarga, beliau tetap tegas dalam mendidik saya untuk menjadi anak seni yang berkualiti,” katanya ketika ditemui media di perkarangan rumah lewat malam Rabu.
Kata Ogy, Tan Sri Jins sangat menekankan aspek disiplin malah dia sendiri pernah dilemparkan skrip ke muka akibat lewat lima minit ke set penggambaran.
“Kamu jangan main-main dengan beliau, saya dilemparkan skrip akibat lewat dan tiada penggambaran diadakan pada hari berkenaan akibat kelewatan saya,” katanya dalam suara getar menahan sebak.
Jelas Ogy, kebijaksanaan yang ada pada Tan Sri Jins didorong oleh aura positif yang digerakkan dalam diri bagi menjayakan impiannya menjadi pengarah filem.
“Mungkin beliau dilihat sebagai individu yang sukar didekati dengan karisma yang ada padanya, tetapi beliau sebenarnya kelakar.
“Saya akui kelakarnya dengan gaya tersendiri malah jauh berbeza dengan kelakar allahyarham ayah saya.
“Tapi, dia ada misi untuk jadi pengarah dan sanggup untuk menyambung pengajian di London.
“Bayangkan di zaman itu, tiada pinjaman pendidikan atau apa-apa bantuan kerajaan, tetapi beliau mengusahakannya demi impian yang ingin dikecapi,” jelasnya.
Malah, Ogy turut berharap sikap positif yang ada pada allahyarham wajar dicontohi generasi sekarang sebaiknya.
“Kamu dibenarkan untuk ada impian, berusahalah kamu untuk menggapainya tanpa memikirkan apa kata orang terhadap kamu,” katanya lagi.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mGJup8✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment