Ronaldo Jadi Penyelamat Real Madrid
ISCO meraikan dengan rakan sepasukan Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale selepas menjaringkan gol ketika seri 3-3 menentang Las Palmas dalam saingan La Liga di Bernabeu, pagi tadi.
MADRID: Cristiano Ronaldo menyelamatkan Real Madrid dua kali ketika kelab gergasi Sepanyol itu bangkit selepas ketinggalan dan terpaksa beraksi 10 pemain ketika seri 3-3 menentang Las Palmas dalam saingan La Liga di Bernabeu, pagi tadi.
Aksi di laman sendiri itu menyaksikan Gareth Bale dibuang padang ketika perlawanan di babak kedua baru bersambung dua minit – kali pertama dalam kariernya ketika bersama Real.
Dalam pertembungan pagi tadi, penyerang Sepanyol, Isco memberikan keceriaan kepada tuan rumah apabila menjaringkan gol pertama pada minit kelapan tetapi berselang dua minit, pemain tengah Las Palmas, Tana menyamakan kedudukan.
Jonathan Viera kemudian menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-56 untuk memberikan kelebihan kepada pelawat selepas Bale dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua.
Kevin Prince-Boateng terus menekan Real dengan gol ketiga, tiga minit selepas itu namun Real berjaya bangkit di penghujung perlawanan apabila Ronaldo tidak mensia-siakan peluang menerusi sepakan penalti pada minit ke-86.
Ronaldo sekali lagi memberikan keceriaan apabila memastikan mereka sekurang-kurangnya berkongsi mata dengan Las Palmas dengan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki seminit.
Keputusan seri itu menyaksikan Real kini jatuh di tangga kedua liga dengan 56 mata, ketinggalan satu mata di belakang Barcelona yang menang besar 6-1 menewaskan Sporting Gijon dalam satu lagi saingan.
Namun, skuad bimbingan Zinedine Zidane ini masih memiliki satu perlawanan dalam tangan dalam usaha mereka memburu kejuaraan liga kali pertama sejak 2012. – REUTERS
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mGGJ7c✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment