Doktor, Peguam Perkuat Skuad Wanita MU
PASUKAN wanita MU sebelum berlepas ke Sarawak di Stadium Hang Jebat. – Foto Nazri Abu Bakar
MELAKA: Pasukan bola sepak wanita Melaka United (MU) yang dibarisi kumpulan profesional dalam kalangan doktor dan peguam bakal beraksi di Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Tun Sharifah Rodziah, Sarawak bermula esok sehingga 16 April.
Jurulatih MU, Mohd Bakri Neemat berkata, kehadiran pemain berkenaan membuktikan kumpulan terbabit juga meminati sukan itu sekali gus memenuhi misi membentuk permainan terbaik selepas hampir 25 tahun tidak beraksi di kejohanan berprestij terbabit.
Menurutnya, MU bakal berdepan juara bertahan Sabah selain Kedah dan Pulau Pinang yang diakui lebih mantap berbanding usia pasukan Melaka yang setahun jagung.
Katanya, skuad negeri bersejarah terbabit hadir ke Sarawak dengan sasaran mara sekurang-kurangnya ke suku akhir atau mampu mengatasi mana-mana pasukan selain mengelak kekalahan besar.
“Semangat pasukan Liga Super MU diharap menjadi inspirasi dan pemangkin kepada pemain untuk bertindak cemerlang.
“Beberapa perlawanan persahabatan diatur sebelum ini dilihat memberi keyakinan untuk mereka mencabar lawan, walaupun saya akui sukar membentuk pasukan ini,” katanya selepas majlis penyerahan jersi oleh Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi di Stadium Hang Jebat, hari ini.
Yusoff berkata, dia tidak mahu skuad berkenaan menjadi bahan ketawa lawan justeru mereka harus bertindak agresif untuk mencipta kejutan.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oCgMdc✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment