Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan tuduh usah menghukum - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan tuduh usah menghukum

Pemain gitar bass kumpulan heavy metal XPDC, Azuar Md Tasi atau Zua berharap masyarakat tidak terus melemparkan tuduhan liar terhadap penyanyi mereka, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael yang dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor, pada Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, Mael ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang rakan yang segera membawanya ke hospital dan dibenarkan keluar selepas tiga hari menerima rawatan.

Zua berkata, doktor mengesahkan Mael menghidap penyakit ulser dalam perut dan gout.

“Mael berada dalam keadaan stabil dan biarlah dia berehat tanpa gangguan sehingga benar-benar pulih.

“Saya kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita tidak elok mengenai Mael,” katanya kepada Harian Metro.

Zua mengakui berada di hospital menemani Mael dan melihat sendiri doktor memasukkan air dan lapan beg darah dalam tubuh penyanyi itu.

“Dia sakit dan jadi begitu kerana makan tidak teratur berikutan hidup sendirian.

“Saya minta masyarakat jangan buat spekulasi sendiri. Biarpun Mael pernah berdepan kisah hitam, usahlah terus menghukum dia,” katanya.

Difahamkan Mael sudah setahun menghidap ulser dan sering berulang-alik ke hospital untuk mengambil ubat.

The post Jangan tuduh usah menghukum appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nZKx4Q

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.