Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkhidmatan Penstriman YouTube TV Dilancarkan Secara Rasmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkhidmatan Penstriman YouTube TV Dilancarkan Secara Rasmi

Perkhidmatan penstriman seperti YouTube “membunuh” siaran televisyen tradisional. Kami sendiri sudah lama tidak menonton siaran TV secara langsung dan hanya menonton siaran yang telah dirakam ke dalam DVR. Perkhidmatan penstriman YouTube TV diumumkan Mac lalu dan hari ini ia dilancarkan secara rasmi di Amerika Syarikat.

Buat masa ini ia hanya ditawarkan di New York, Los Angeles, San Francisco Bay Area, Chicago dan Philadelphia. Dengan bayaran $35 (~RM 155) sebulan pengguna boleh menonton 50 saluran TV serta kandungan YouTube Red menerusi telefon pintar, tablet dan komputer. Dengan sokongan Chromecast kandungan turut boleh dipancarkan ke televisyen. Antara saluran yang disertakan ialah ABC, CBS, FOX, NBC, ESPN, Fox Sports Networks, Comcast SportsNet, FX, USA, Disney Channel dan MSNBC.

Pengguna juga mempunyai akses kepada sistem DVR awanan tanpa had storan seperti pada set kotak-televisyen Astro. Rakaman akan disimpan sehingga sembilan bulan sebelum dipadam. Saluran televisyen kini telah berubah menjadi saluran peranti pintar. Tidak mengejutkan di masa hadapan format televisyen seperti yang kita lihat sekarang akan digantikan dengan saluran penstriman atas talian sepenuhnya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p3tNc1

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.