Hi! Welcome Back and Stay Tune! RUU Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 Dilulus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RUU Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 Dilulus

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang diperuntukkan bagi memberi perlindungan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada individu yang bekerja sendiri diluluskan Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata sebagai permulaan, rang undang-undang baharu itu akan diguna pakai bagi memberi perlindungan Perkeso kepada pemandu teksi yang bekerja sendiri, serta pemberi perkhidmatan kenderaan ‘e-hailing’ termasuk Uber dan Grabcar, sebelum diperluas kepada sektor pekerjaan sendiri yang lain.

“Mudah-mudahan ia akan diperluaskan merangkumi sektor lain kelak,” katanya ketika menggulung rang undang-undang berkenaan yang kemudiannya diluluskan dengan undian majoriti.

Riot berkata di bawah rang undang-undang berkenaan, setiap pemandu teksi dan penyedia perkhidmatan e-hailing itu wajib mencarum 1.25 peratus daripada pendapatan bulanan mereka pada setiap bulan.

“Tempoh perlindungan ialah selama 12 bulan berturut-turut yang berkuat kuasa dari tarikh dan masa caruman dibayar,” katanya.

Rang Undang-undang itu turut menyebut mana-mana individu yang melanggar peraturan itu adalah melakukan satu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Menjelaskan mengenai kadar denda yang mendapat tentangan hebat beberapa anggota Parlimen yang membahaskan rang undang-undang itu, Riot berkata jumlah denda itu sebenarnya kecil berbanding faedah yang akan diterima pencarum atau pewaris mereka nanti.

“Hukuman ini kita tidak boleh tarik balik, apa yang tertera dalam RUU itu adalah jumlah maksimum, mungkin pada kebiasaannya lebih rendah daripada itu,” katanya.

Terdahulu sewaktu membentangkan rang undang-undang berkenaan, Riot berkata berdasarkan statistik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, 73,662 lesen dikeluarkan bagi kategori kereta sewa, teksi bajet, teksi eksekutif, limousin dan teksi lapangan kapal terbang sehingga April 2016.

“Memandangkan bilangan pemandu teksi yang bekerja sendiri ramai, maka kerajaan merasakan terdapat keperluan untuk wujudkan skim keselamatan sosial kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta semasa pembentangan Bajet 2017 sebagai geran pelancaran bagi melaksanakan skim perlindungan keselamatan sosial untuk pemandu teksi berkenaan. — BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oC7jmc

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.