Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Pemain Bola Sepak MIFA Dicekup SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Pemain Bola Sepak MIFA Dicekup SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pemain bola sepak Malaysia Indian Football Association (MIFA) kerana disyaki telah mengambil wang rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana.

Daripada siasatan awal yang diperolehi, suspek telah menerima wang rasuah antara RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan.

Salah seorang pemain yang ditahan adalah pemain luar negara berusia 29 tahun yang diimport  oleh MIFA.

Manakala dua lagi pemain tempatan yang ditahan berusia 26 and 27 tahun.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek-suspek telah terlibat dalam kegiatan tersebut sejak beberapa tahun yang lalu.

Suspek-suspek ini juga telah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil daripada wang rasuah diterima itu.

Tambahnya, kemungkinan lebih ramai lagi yang akan ditangkap berhubung siasatan kes tersebut pada masa terdekat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata SPRM tidak bertolak ansur dengan perbuatan sedemikian yang boleh menjatuhkan reputasi sukan negara.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, SPRM akan terus memantau dan menyiasat pemain-pemain bola sepak  serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perlu,” tegas beliau.

Kesemua mereka dijangka direman hari ini.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nMh0KT

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.