Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Cedera Terkena 'bom Ping Pong' Di Bangkok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Cedera Terkena 'bom Ping Pong' Di Bangkok

BANGKOK: Satu letupan kecil berlaku di hadapan bangunan lama Government Lottery di Jalan Ratchadamnoen di sini, menyebabkan seorang wanita mengalami kecederaan, demikian menurut seorang anggota polis di tempat kejadian.

Insiden berlaku pukul 8 malam tadi waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) dan polis percaya letupan itu disebabkan oleh ‘bom ping pong’, satu alatan kecil letupan yang mudah dipasang.

“Wanita yang bekerja sebagai kakitangan pembersihan bandar raya ini, hilang pendengaran seketika akibat bunyi letupan yang kuat.

“Dia sudah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,” demikian menurut polis.

Walaupun polis mengesyaki ia hanya ‘bom ping pong’, siasatan tetap dilakukan bagi memastikan punca sebenar insiden tersebut.

Sehingga kini, polis termasuk daripada unit Bahan Letupan, Ordnans dan Pelupusan masih berada di lokasi untuk mencari bahan bukti.

Ketua Polis Nasional, Jen Chaktip Chaijinda turut memeriksa lokasi letupan yang telah disita itu. — BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nG6pjX

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.