Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu hina PM: Jangan bagi mereka masuk Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu hina PM: Jangan bagi mereka masuk Malaysia

PRODUSER dan pengacara warga Singapura, Najip Ali mengundang kemarahan rakyat negara ini apabila video beliau dan rakan-rakan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi tular di WhatsApp.

Timbalan Presiden, Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar), Helme Hanafi mencadangkan tiga perkara yang wajar dilakukan kepada pengacara tersebut dalam mengatasi perkara ini.

“Saya cadangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui jabatan berkaitan menghalang Najip Ali dan kawan-kawannya masuk ke Malaysia buat selama-selamanya

“Kedua, hubungi Pesuruhjaya Tinggi Singapura serta mendesak republik tersebut mendakwa Najip Ali dan rakan-rakannya kerana menghina pemimpin negara jiran dalam siaran Televisyen (TV) negara itu.

“Yang terakhir, mendesak Najip Ali menggantung diri sebagai tanda penyesalan  yang teramat kerana perbuatannya mengeruhkan hubungan rakyat dan pemimpin dua negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, satu rakaman video dalam sebuah program Ok Chope!! Menyaksikan lima orang peserta (salah seorang adalah Najip Ali) mempersenda dan memperlekehkan Najib.

Dalam satu segmen di mana para peserta harus mengisi tempat kosong mengikut ayat yang diberi iaitu ‘Najib slams (tempat kosong) for threatening Malaysia’s progess’  (Najib menghentam ____ kerana mengancam kemajuan Malaysia) dan pelbagai jawapan menghina diberikan.

Tambah Helme lagi, penghinaan sebegini  tidak sewajarnya berlaku  kepada pemimpin negara apatah lagi di siaran TV negara lain.

“Sama ada Datuk Seri Najib Razak atau sesiapa juga, hinaan terhadap PM Malaysia tidak boleh diterima sama sekali terutama dengan orang asing yang ‘cari makan’ dalam negara ini,” katanya lagi.

The post Isu hina PM: Jangan bagi mereka masuk Malaysia appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p1ZqTj

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.