Terhantuk Kepala Di Kolam, Disangkakan Hilang Ingatan Sebaliknya Ini Yang Terjadi
Tidak dinafikan, ada segelintir individu yang memiliki bakat semulajadi sejak lahir lagi. Namun begitu, bakat-bakat ini perlu diasah terlebih dahulu untuk menguasai bakat tersebut.
Tapi, sebaliknya ini yang terjadi pada seorang lelaki bernama Derek Amato. Derek Amato mampu bermain piano seperti professional sejak dari insiden kemalangan di kolam renang. Menurut Derek, kepalanya terhantuk di lantai kolam cetek yang disangkakan dalam. Kemalangan ini telah menyebabkan berlakunya gegaran otak sekali gus mengganggu pendengaran dan menghilangkan ingatan Derek seketika.
Beberapa hari kemudian setelah Derek beransur pulih, secara tiba-tiba dia berasa ingin bermain piano buat pertama kalinya. Lebih menarik lagi, Derek mampu memahami not-not muzik yang tidak pernah dipelajarinya sebelum ini. Sejak dari hari itu, piano menjadi instrumen muzik kegemaran Derek.
“Sambil menutup mata, saya mampu melihat imej struktur hitam dan putih bergerak dari kiri ke kanan. Imej tersebut memaparkan not-not muzik yang berterusan”.
Video dibawah ini, dokumentari tentang pengalaman Derek selepas insiden kemalangan yang menjadikan dia seorang pemain piano yang genius:
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment